Monday, November 22, 2010

Hujan Rindu



Sinopsis

Kerana kasih dan sayang seorang anak kepada ibunya, Anum Dahlia yang dilahirkan dan dibesarkan di luar negara sanggup menjejaki keluarga ibunya di Malaysia sehingga dia sanggup mengenepikan kepentingannya sendiri. Sanggup meredah beribu-ribu kilometer untuk menunaikan harapan dan impian ibunya yang sedang telantar koma.

Anum Dahlia, seorang cucu yang mendambakan kasih sayang daripada datuk dan neneknya yang selama ini tidak pernah ditemuinya. Sebuah kisah tentang cinta yang hilang dibumi kelahiran, tapi ditemui pula cinta seorang lelaki milik Yuzer Taufik, disebuah negara asing.

Tegas dalam keputusan dan berani menjejak kisah silam ibunya disebuah negara yang tak pernah dijejakinya selama ini, Anum Dahlia menyamar sebagai seorang pelajay yang mahu membuat kajian tentang seni silat Melayu, membuatkan dia bertemu Tok Anjang, datuknya.


Jiranku Kekasihku



Sinopsis

Pada mulanya, kehadiran Tengki Sharizal tak berapa nak diendahkan oleh Faiza, walaupun kelibat lelaki itu sering mencuri perhatiannya. Lama-kelamaan, bila lelaki itu mula menunjukkan tanda dan sering memberikan  isyarat cinta, Faiza tidak teragak-agak untuk menerima cintanya, walaupun perkenalan mereka tersangatlah singkat.

Perhubungan mereka pada mulanya tidak mendapat restu daripada ibu Tengki Sharizal memandangkan terdapat perbezaan taraf yang sangat ketara. Bagi ibu lelaki itu, Faiza tidak setaraf dengan anaknya.  Di tempat kerja pula, Tina yang terkenal dengan sikap gedik dan mengada-ngada sering memberi amaran kepada Faiza agar menjauhkan diri daripada Tengku Sharizal. Faiza jadi pelik dengan sikap terlebih suka yang ditunjukkan Tina.

Keadaan makin rumit dengan hadirnya Hakimi, kekasih lamanya yang datang kembali untuk menagih cintanya semula. Ingin membetulkan keadaan. Namun, tidak diendah Faiza. Seringkali dia melarikan diri setiap kali kelibat Hakimi menghampiri. Faiza jadi sangat tertekan dan celaru. Ditambah pula dengan kejutan demi kejutan yang diterima, yang membuatkan kehidupan bahagianya menjadi kacau-bilau.

Apakah kejutan yang diterima oleh Faiza? Siapa pula Tina yang beria-ia menghalangnya daripada terus menjalin hubungan dengan Tengku Harizal? Dan ibu mertuaku, bakal merestuikah pilihan anakmu ini?

Wednesday, November 17, 2010

Seribu Kali Sayang



Sinopsis

Sudah ditakdirkan sejak lahir, Nur Qazrina atau Abby ditinggal ayahnya. Bagi Abby, tanpa kehadiran lelaki itu hatinya tetap bahagia. Menginjak usia remaja, ungkitan Kak Lisa yang dialah punca perceraian ibu dan bapa mereka, sangat membebankan jiwa. Kakaknya juga sering mempamerkan reaksi tidak menyenangi kehadirannya di rumah.

Daripada teman Kak Lisa yang silih berganti, kehadiran Syed Nadjmil Faiz dilihat oleh Abby sebagai calon suami yang terbaik untuk kakaknya. Sikapnya yang bertanggungjawab dan melindungi sesekali membuatkan Abby digoda perasaan. Namun mujurlah dia segera mengingatkan diri bahawa bakal abang ipar masakan boleh dijadikan teman sendiri.

Hasrat meminang yang disuarakan oleh Syed Nadjmil Faiz menimbulkan konflik. Bagi Abby, hasrat itu jtuh ditempat yang salah kerana bercinta dengan kakak, mengapa pula yang dipinang adiknya? Sudah hilang pertimbangan akal barangkali, maka Syed Nadjmil Faiz memilihnya dan bukan Kak Lisa.

Bagi Syed Nadjmil Faiz, berkawan bukan bererti berkasih. Sekian lama mengenali si kakak, hatinya tidak pernah disapa rasa cinta. Tetapi pertama kali bertemu Abby, perasaannya digoda rindu. Meskipun sangat mengharap agar salam kasihnya bersambut, dia sedar Abby berhak menolak.

Kebencian Kak Lisa terhadap Abby bagaikan tidak bernokhtah. Abby terjebak dalam dilema. Bagaimana kemelut ini hendak dirungkai?

Doa Buat Suamiku



Sinopsis

Hazwani, gadis berkarier yang memiliki segala-galanya. Namun, ada satu yang kurang; dia gagal memeluk cinta seorang lelaki. Bukan dia menolak fitrah, tapi dia terlalu leka dengan kerjaya dan prinsip hingga mengabaikan tuntutan diri. Meski hidup solo bukanlah satu dosa, tapi hipokrit kalau dia tidak berasa cemburu melihat kebahagian teman seusia.

Kehadiran semula Iskandar, bekas tunangnya sesekali menggamit rasa. Begitu juga dengan layanan mesra Datuk Munir, bos sendiri yang saban hari cuba merapati. Dan seiring waktu berlalu, ketulusnan hati Radhuan yang dikenali sejak pertemuan dibumi  Esfahan, Iran membuka pintu hatinya.

Namun, prinsipnya tetap sama; dia tidak mahu terburu-buru, bimbang ada hati yang terluka. Kerna itu, di setiap sujudnya, doa terus dipohon agar dia tidak silap membuat pilihan. Apakah dia ditakdirkan bersama dengan salah seorang daripada mereka atau perlukah dia menanti lagi?

Monday, November 15, 2010

Adam Dan Hawa



Sinopsis

Ain Hawani, zaman solonya ternokhtah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis diatas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar dihatinya. Ah...Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Masjidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain?

Sejak pertemuan itu hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung.

Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

Sunday, November 14, 2010

Bebunga Kasih



Sinopsis

Dya dinodai oleh abangnya dalam usia yang masih mentah. Namun, dia tidak berani mendedahkan kejadian itu bila ayahnya sendiri tidak pernah mengiktirafnya sebagai anak kandung.

Hidup Dya terus diselimuti mendung bila dia terluka lagi. En. Nasri yang dianggap prihatin, sekadar mempermainkan perasaannya. Harapan yang disandarkan kepada Syamir juga turut berkecai. Kekecewaan Dya bertimpa-timpa bila mengetahui kedua-dua lelaki itu sebenarnya adalah 'suami' orang. Ini menambahkan lagi kebenciannya terhadap lelaki.

Namun sudahkah dia bersedia menerima lamaran Zarif sedangkan bayangan silam terus menghantuinya?

Di Hujung Subuh



Sinopsis :

"Rembulan seakan tertawa ketika hatiku mula jatuh cinta. Mentari memandang sinis sewaktu perasaanku merasakan hal istimewa yang belum pernah aku rasakan sebelumnya. Seorang lelaki yang datang dan selalu mengintai disebalik hatiku. Tiap kali hadir, bahagia itu menyelinap lagi. Lelaki itu membuatkan aku tersilap langkah jika dia memandangku. Engkaulah lelaki yang menerangi cinta ini sesuai seperti namamu, Fajrul Ardhi, yang bererti fajar pagi yang menyinari bumi."

"Pagi ini, dihujung subuh aku telah mengucapkan kalimat ijab kabul. Peristiwa indah yang tak dapat aku gambarkan dan tak mampu aku lupakan. Pagi ini, adalah pagi pertama aku menjadi seorang yang sempurna agamanya. Aku mengahwininya kerana cinta bukan kerana kesihatannya. Sesungguhnya kematian itu bukan hanya datang ketika dirembang senja, malah ia juga mampu untuk menjemput kita dihujung subuh."

Memiliki sahabat baik, mempunyai dua orang isteri, mengharap kehidupan yang diredhai...itulah beberapa gambaran yang perlu para pembaca selami dalam penghayatan novel yang penuh hukmah ini. Moga ianya memberikan anda kecekalan dalam mengharungi kehidupan anda!.

Aku Bukan Billy Miligan





Penghinaan dan cercaan ketika kecil, membuatkan Adam percaya, harta menggunung dapat membeli maruah diri. Bila usia menginjak dewasa, tekadnya hanya satu..menjadi kaya dan dihormati seperti Warren Buffet!

Namun Adam silap percaturan. Setelah kejayaan dalam genggaman, dia masih lagi diperlekeh dan rumahtangganya runtuh walaupun dia sudah menjadi kaya raya!

Kehadiran Laura membuka mata Adam. Laura dari mata kasar Adam hanya biasa-biasa sahaja. Tetapi gadis itu berjiwa tegar, selamba dan tenang. Anak pembuat belacan yang sentiasa menikmati hidup seadanya. Dari Laura, Adam pelajari banyak perkara. Terutama bagaimana mahu menghargai kehidupan dan berkasih sayang.

Dia Lebih Mengerti




Sinopsis

Sesekali bukan tidak diikut akal warasnya, sesekali bukan tidak difikirkan rasa cinta yang masih ada. Namun kenangan silam, cukup membuat seorang Umairah terpaksa mengalah. Diperendah dan dihina, dinista dan hanya mampu mendapat sisa. Umairah akur kehendak takdir. Cinta itu bukan untuknya.

Tetapi lelaki yang bernama Syed Abid tidak mengerti. Terlalu besarkah kesalahannya sehingga Umairah marah? Terlalu banyakkah dosanya sehingga Umairah mengalah. Bagi lelaki ini, cinta yang ditemuinya kali ini, cinta sejati. Bagaimana Umairah marah, bagaimana Umairah mengalah. Tidak semudah itu dia akan menyerah kalah. Cintanya hanya untuk Umairah. Tiada siapa yang boleh menegah. Kerana bagi Syed Abid, cinta yang ada di hatinya, hanya dia sahaja yang mengerti.

Matahari Cerah Lagi




Sinopsis

Suha menempuh kehidupan terpencil berbanding rakan seusia. Dikongkong oleh Saidah yang diamanahkan menjaganya demi melampiaskan tamak haloba ke atas harta pusaka. Kongkongan menjadikan dia dewasa keseorangan, terabai daripada segala-galanya, dinafikan pendidikan malah lebih memilukan dia tidak dapat mengatur masa hadapannya lalu dipaksa menerima kehadiran Yem.

Namun, naluri semulajadi mengatasi kekangan psikologi tetap mengambil tempatnya, tatkala dia bertemu Munir, lelaki separuh abad yang membawa sinar secerah matahari pagi. Tetapi malangnya, Munir dirundung tekanan jiwa yang amat parah. Berdendam dengan anaknya sendiri, Adam, yang membesar bersamanya disamping tiga anaknya yang lain. Akhirnya Munir tekad menyunting Suha dek kerana marahkan nyamuk kelambu di bakar.

Adakah Suha terus nestapa?
Mengapa Adam menjadi mangsa dendam?
Dan...
Mampukah Yem menggapai cintanya?

Terima Kasih Kekasih




Sinopsis :

Hidup ini penuh dengan dugaan, sesekali jatuh dan sesekali tersungkur. Namun dugaan itu yang mematangkan dirinya. Walau sakit kerana dikhianati...itulah takdir yang harus diterima dengan hati yang terbuka.

Lara Di Pinggir Sepi




Sinopsis :
Aku sudah puas mencari bahagia...tetapi derita jua yang bertandang. Aku sudah jelak bermandikan sengsara...namun tubuhku tidak pernah kering bersimbahan airmata. Aku sentiasa diuji...aku sentiasa diduga tetapi keranaMu, ya Allah, aku tidak pernah putus asa walaupun aku semakin lelah dan lesu dipanjat usia.

Fitnah dan kata nista sudah puas kutelan...tidak mampu lagi untuk aku tangkis...aku hanya berpegang pada janjiMu. Ya Allah...semoga derita ini akan digantikan dengan kemanisan hidup berumahtangga sehingga ke syurga dan kebahagian anak menantu dan cucu-cucu sehingga ke akhir nafas mereka.

Bicara Hati




Sinopsis :

Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.

Akhirnya Zalia akur tetapi dengan syarat, hak-hak peribadinya tidak akan diganggu. Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu.

Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih sayang dan kerinduan?. Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.

Kalimah Jiwa



Sinopsis

Ifliany sama sekali tidak menduga, suami sendiri sanggup mengurung dan melacurkannya. Airmata tidak henti merawat luka dihati. Setiap hari dia menadah tangan, semoga neraka dunia itu bukan tempat untuk dia selamanya.

Doanya termakbul...dia diselamatkan oleh Naglis. Pemuda itu bagai menyuluh sinar bahagia untuknya, menjirus bersih noda diseluruh tubuhnya. Status lelaki itu sebagai peguam melayakkan Ifliany mendapat pembelaan. Kedurjanaan Fahren, si suami wajib di hukum!

Namun laporan pemeriksaan doktor sungguh memeranjatkan. Ifliany masih dara! Lantaran itu, apa bukti dia seorang pelacur? Dan apa pula tindakan Naqlis untuk mendakwa Fahren?

Bebunga Kasih



Sinopsis

Dya dinodai oleh abangnya dalam usia yang masih mentah. Namun, dia tidak berani mendedahkan kejadian itu bila ayahnya sendiri tidak pernah mengiktirafnya sebagai anak kandung.

Hidup Dya terus diselimuti mendung bila dia terluka lagi. En. Nasri yang dianggap prihatin, sekadar mempermainkan perasaannya. Harapan yang disandarkan kepada Syamir juga turut berkecai. Kekecewaan Dya bertimpa-timpa bila mengetahui kedua-dua lelaki itu sebenarnya adalah 'suami' orang. Ini menambahkan lagi kebenciannya terhadap lelaki.

Namun sudahkah dia bersedia menerima lamaran Zarif sedangkan bayangan silam terus menghantuinya?

Di Hujung Subuh



Sinopsis :

"Rembulan seakan tertawa ketika hatiku mula jatuh cinta. Mentari memandang sinis sewaktu perasaanku merasakan hal istimewa yang belum pernah aku rasakan sebelumnya. Seorang lelaki yang datang dan selalu mengintai disebalik hatiku. Tiap kali hadir, bahagia itu menyelinap lagi. Lelaki itu membuatkan aku tersilap langkah jika dia memandangku. Engkaulah lelaki yang menerangi cinta ini sesuai seperti namamu, Fajrul Ardhi, yang bererti fajar pagi yang menyinari bumi."

"Pagi ini, dihujung subuh aku telah mengucapkan kalimat ijab kabul. Peristiwa indah yang tak dapat aku gambarkan dan tak mampu aku lupakan. Pagi ini, adalah pagi pertama aku menjadi seorang yang sempurna agamanya. Aku mengahwininya kerana cinta bukan kerana kesihatannya. Sesungguhnya kematian itu bukan hanya datang ketika dirembang senja, malah ia juga mampu untuk menjemput kita dihujung subuh."

Memiliki sahabat baik, mempunyai dua orang isteri, mengharap kehidupan yang diredhai...itulah beberapa gambaran yang perlu para pembaca selami dalam penghayatan novel yang penuh hukmah ini. Moga ianya memberikan anda kecekalan dalam mengharungi kehidupan anda!.

Saturday, November 13, 2010

Ku Intai Cinta Di Dalam Rahsia



Sinopsis

Loke Yee-Ren  tidak pernah menjangkakan cinta itu miliknya. Kematian Iman Fakrulsy, sahabat yang disayangi membuatkan dirinya diselubungi dengan rasa sedih dan bersalah. Bayangan silam terus-menerus menghantui kisah hidupnya. Namun satu pertemuan yang tidak diduga telah mengganggu perjalanan hidupnya. Dia telah bertemu Iman Farhan yang wajahnya begitu mirip dengan Iman Fakrulsy. Wajah yang serupa namun tingkah laku amat berbeza.

Tingkah laku Iman Farhan agak kasar dan dia seorang yang berhati dingin. Persahabatan yang terjalin di antara Yee-Ren dan Iman Farhan terselit dengan agenda yang tersembunyi.

Puan Elisha, ibu Iman Fakrulsy tiba-tiba muncul kembali dalam kamus hidup Yee-Ren. Benci dan dendam Puan Elisha kepada Yee-Ren tidak pernah padam. Mana mungkin dia membiarkan gadis itu hidup dengan aman selagi dendamnya tidak dilunaskan.