Missing In Action
Antara gejala sosial yang sering diperkatakan akhir-akhir ini ialah lunturnya rasa hormat dan kasih sayang anak terhadap ibu bapa. Yang lebih parah ialah anak-anak bertindak di luar batasan lari daripada rumah mengikut kekasih masing-masing. Atau anak-anak merompak ibu kerana memerlukan wang untuk membeli dadah. Dan kemuncaknya anak memukul atau membunuh ibu kerana perkara yang sama.
Sebelum situasi menjadi parah eloklah kita kembali kepada punca penyakit. Puncanya ialah hilangnya rasa kasih sayang dan rasa hormat-menghormati antara anak dengan ibubapa. Sebenarnya anak-anak bukannya tidak mahu menghormati dan berbakti kepada ibu ayah tetapi sebahagiannya tidak tahu bagaimana nak berbuat demikian.
Sedangkan institusi keluarga anak-anak telah terbina sejak ibu dan ayah melafazkan ikatan suami isteri lagi. Sehinggalah anak membesar di dalam kandungan ibu, lahir ke dunia dan dibelai dengan kasih sayang. Anak dipupuk setiap hari dengan air tangan sendiri.