Wednesday, June 29, 2011

JANGAN MIRINGKAN SEJADAHMU




Inilah novel penuh hikmah hasil nukilan Muhammad B. Anggoro yang insyaallah mampu mendewasakan pemikiran pembaca.

Sinopsis:

"Astaghfirullahal'azim...! Bagaimana boleh jadi begini, Jat? Mengapa kamu sanggup menjatuhkan talak tiga pada isteri kamu? Tidakkah kamu terfikir apa yang akan terjadi akibat dari jatuhnya talak kamu itu? Saya tahu, Tuan Kiai. Saya...saya...perlukan bantuan Tuan Kiai. Saya terlalu mencintai isteri saya, Tuan Kiai. Saya tidak mahu berpisah dengannya. Saya...saya...mahu menikahi isteri saya semula, Tuan kiai," rintih Jati. "Mustahil, Jat!" Walau kamu menangis airmata darah sekalipun, mustahil bagi kamu untuk menikahi isteri kamu semula. Kecuali sekiranya isteri kamu itu sudah berkahwin lagi dengan lelaki lain, dan suami barunya itu menceraikannya. Jika tidak, kamu tetap masih mustahil untuk menikahi isteri kamu semula, Jat mustahil sepanjang hayat kamu...!"

"Inilah masanya untuk memiliki Nastiti semula. Dinding syariah yang selama ini menghalang kami sudah pudar. Nastiti kini telah berkahwin dengan Hafizh. Itu bermakna kami sudah melepasi satu tahap yang diperlukan mengikut syariah. Jika aku benar-benar ingin memiliki Nastiti, tiada jalan lain bagiku melainkan menyuruh Nastiti segera meminta cerai dari Hafizh. Inilah peluang itu..." Jerit hati Jati dengan penuh gembira.

Tergambarkah bagaimana rasanya sepasang suami isteri yang soleh dan solehah, hanya disebabkan oleh perasaan marah yang cuma sedetik, terlontarlah talak tiga?! Maka, jatuhlah talak yang penuh nafsu amarah itu, terpisahlah cinta dan kasih yang disemai. Berdasarkan Syariah, perlu ada lelaki lain yang mampu membaja cinta suci mereka berdua. Demi sebuah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T, Jati dan Nastiti menerima kehadiran Hafizh dalam hidup mereka. Namun begitu, maruah, perasaan, cinta, cemburu, nafsu, sesalan, kepahitan dan rasa takut menghadapi sebuah kehilangan itu tidak semudah yang disangka. Tambahan pula ada syaitan yang tidak pernah berasa letih untuk selalu menarik-narik sejadah kepatuhan di hati mereka agar ianya tidak lurus semula. Berhasilkah mereka?
Assalamualaikum, hi kawan-kawan. Dah lama betul saya tak update kan blog saya ni.

Minta maaf banyak-banyak sebab rasanya tak jadi la nak jualkan novel-novel ni. Apakata kita kongsi membaca cerita novel  dan kawan-kawan boleh la bagi komen tentang cerita novel tersebut.

Selepas ini saya akan uploadkan lagi cerita novel yang lain dari masa ke semasa.

Ok jumpa lagi.