Monday, January 10, 2011

GALERI CINTA



Sinopsis :

Syanen Hani dan Syaza Hana adalah dua saudara kembar. Mereka mempunyai cita-cita yang sama, ingin menjadi penulis yang berjaya. Latar belakang mereka membesar tidak sama. Syaza Hana terbiasa dengan kehidupan moden di kota. Syanen Hani pula terbiasa dengan kehidupan di desa.

Dalam soal hidup berpasangan pula Syaza Hana terlebih dahulu berkahwin dengan Doktor Syazwan. Manakala Syanen Hani belum bersedia untuk berumahtangga walaupun dia bakal dijodohkan dengan Salman. Demi mencapai cita-cita, Syanen Hani meninggalkan kampung halaman dan tinggal dengan kakaknya. Namun begitu langit tidak selalu cerah. Kakak yang penyayang membencinya tanpa diduga.

Jodoh merupakan perkara ghaib yang tidak seorang pun tahu. Begitu jugalah dengan Syanen Hani. Jodohnya sungguh tidak diduga, dipertemukan dengan orang yang tidak disangka. Syaza Hana yang kuat cemburu akhirnya merelakan segala yang berlaku kerana impiannya telah menjadi nyata untuk menjadi seorang ibu.

Mereka cuba mengejar bahagia namun bolehkah mereka sama-sama milikinya?