Thursday, July 14, 2011

DUNIA BELUM BERAKHIR



Sinopsis :

"Demi mencicip kemanisan, kita perlu mengupas kepahitan."

Hamid yang sedang melalui bilik Suri terdengar adiknya bersungut sendirian. Dia menyelak langsir dan melihat adiknya sedang memasukkan pakaian kedalam beg lalu bertanya, " Adik hendak kemana? Bawa baju semua. Adik hendak pergi rombongankah?"

Suri mendongak melihat abangnya, "Adik bukan hendak pergi rombongan! Adik hendak lari jauh dari sini!"

Terkejut Hamid mendengar kata-kata adiknya itu, "Lari? Mengapa pula? Jangan buat kerja yang tidak berfaedah!"

"Adik malu dengan orang kampung. Mereka suka mengata keluarga kita"

"Mereka kata apa pula?"

Suri tunduk memandang ke lantai dan mula mengalirkan airmata, "Apabila adik ke kedai, mereka selalu perli adik." Suri menyambung kata-katanya lagi, "Mereka kata ayah adik pemalas...makan duit ibu! Ibu bela ayah! Mereka kata..." Kata-kata Suri terhenti disitu apabila Hamid menyeka airmatanya yang menitis laju membasahi pipinya.

Dunia Belum Berakhir mengangkat martabat insan bergelar isteri dan ibu yang rela menjadi ketua keluarga tatkala masih bersuami.

Hasil tulisan : S. Rafidah H. Basri

BIAR JADI KAKTUS





Sinopsis :

"Bila jiwa sudah bersama
Rindu itu terasa dekat dihati"


CINTA Syakila dan Firdaus ibarat bintang-bintang yang bergemerlapan. Namun perjalanan hidup sebenarnya tidaklah seindah impian dan harapan.

Dek tidak tahan menanggung penderitaan demi penderitaan, Syakila mencari keadilan dan kebenaran yang seakan-akan tersembunyi. Namun pencariannya terkandas bila dia diburu oleh Datin Habshah, seorang wanita korporat yang bersikap mata duitan. Tawaran satu juta Ringgit Malaysia daripada Dato' Tengku Amir membuatkan Datin Habshah ingin terus memburu gadis itu hingga ke lubang cacing.

Syakila ibarat kaktus yang teguh walaupun kemarau melanda. Dia meneruskan langkah dengan hati yang kental. Tika dirinya longlai, muncul Azlan yang berhati mulia. Lelaki budiman itu sering menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan balasan.

Pengorbanan setinggi gunung itu membuatkan Syakila dalam dilema. Dia tahu lelaki itu mencintainya sampai mati. Tetapi bagaimana pula dengan Firdaus? Lelaki itu nyawanya.


Hasil Nukilan - Iffa Zalia

Sunday, July 10, 2011

RASUK




Sinopsis :

"Kadang-kadang kita buat pilihan bukan kerana kita tahu sepatutnya siapa tetapi kerana kita memilih yang tiba dahulu. Tak ada sesiapa dapat cakap memang inilah orangnya kerana tidak mungkin kita dapat tahu liku-liku yang terbentang di depan kita. Maka kita memilih di antara mereka yang jua memilih kita. Kerana kita takkan tahu bila yang seterusnya akan datang..."

"Langkah mayat I dulu sebelum dia boleh tinggalkan I," nada Nurlisa semakin bersungguh.
"Parah tu. Ini dah kes angau betul," Shira tertawa.
:Shira, kalau I tak dapat dia, biar semua tak dapat..."
Berdendam nada Nurlisa.

Kemudian Haikal terlihat sesuatu yang aneh. Berderau darahnya. Terkejut. Buat sesaat, matanya telah mempermainkannya lagi. Buat sesaat, dia ternampak seseorang menghampiri ibunya. Ibunya yang kini keseorangan di dalam rumah. Dan seseorang itu berdiri dibelakang ibunya. Berdiri rapat. Sedikit menyendeng. Seakan tersandar.

"Dia bukan dia," bisik Julia pada dirinya.
"Apa?"
"Dia dah lain...bukan dia lagi..." Julia termangu memikirkan situasi yang dihadapi Haikal. "Kena rasuk..."