Sunday, January 8, 2012

Tips Memenangi Hati Ibubapa - Mak, Abah...Redailah Anakmu

Kata penerbit (di petik dari buku keluaran Telaga Biru Sdn Bhd  dan hasil tulisan Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood).......

Missing In Action

Antara gejala sosial yang sering diperkatakan akhir-akhir ini ialah lunturnya rasa hormat dan kasih sayang anak terhadap ibu bapa. Yang lebih parah ialah anak-anak bertindak di luar batasan lari daripada rumah mengikut kekasih masing-masing. Atau anak-anak merompak ibu kerana memerlukan wang untuk membeli dadah. Dan kemuncaknya anak memukul atau membunuh ibu kerana perkara yang sama.

Sebelum situasi menjadi parah eloklah kita kembali kepada punca penyakit. Puncanya ialah hilangnya rasa kasih sayang dan rasa hormat-menghormati antara anak dengan ibubapa. Sebenarnya anak-anak bukannya tidak mahu menghormati dan berbakti kepada ibu ayah tetapi sebahagiannya tidak tahu bagaimana nak berbuat demikian.

Sedangkan institusi keluarga anak-anak telah terbina sejak ibu dan ayah melafazkan ikatan suami isteri lagi. Sehinggalah anak  membesar di dalam kandungan ibu, lahir ke dunia dan dibelai dengan kasih sayang. Anak dipupuk setiap hari dengan air tangan sendiri.


No comments:

Post a Comment